Loading...

Private Bangkok Safari Kanchanaburi 4H3M (Naik Tren +2H2M)

AL-ILMI TRAVEL AND TOURS-CAWANGAN KUALA LUMPUR

Tempat Lawatan: Chao Phraya, Platinum Mall,Safari Kanchanaburi, Jambatan Sungai Kwai, Pulau Rattanakosin, China Town, Honey Bee, Erawadee Herb, Siam Paragon, Asiatic The Riverfront. | Trip ini mempunyai 2 pilihan transport untuk sampai ke Kota Bangkok, samada menaiki tren ataupun menaiki flight. Trip menaiki tren ke Bangkok akan bermula di KL-Sentral dengan menaiki ETS ke Padang Besar. Di Padang Besar, anda akan bertukar ke Tren sebelah Thailand setelah melalui imigresen. Dari Padang Besar ke Bangkok memerlukan 1 hari 1 malam dan begitulah juga perjalanan pulang dari Bangkok ke Padang Besar, jadi jumlah hari yang diperlukan ialah 2 Hari 2 Malam. Di Bangkok anda akan disambut oleh wakil kami untuk acara 4H3M itinerari Bangkok dengan Safari Kanchanaburi. HARGA MUNGKIN BERUBAH MENGIKUT HARGA TIKET PENERBANGAN SEMASA. ITINERARI, HARGA MUKTAMAD DAN TERMA PEMBAYARAN DIMAKLUMKAN DALAM SEBUTHARGA RASMI YANG AKAN DIBERIKAN SETELAH TEMPAHAN DITERIMA.


RM1,730.00


Tarikh Pilihan untuk Trip
*

Mod Transport ke Bangkok
*

Nyatakan Bilangan Kanak-kanak dan Umur

Saiz Kumpulan dan tambahan harga
*

Bilangan Sebenar Peserta (pax)

Qty:

Total Price:

Hotel 3* : Almas / Baan Thai Boutique

Itinerari 

Naik Tren: Day1 KL Sentral - Padang Besar

Berkumpul di KL Sentral untuk Train ETS jam 11 ke Padang Besar. Sampai Padang Besar, terus ke imigresen dan seterus ke stesen tren Padang Besar sebelah Thailand. Tren ke Bangkok menaiki sleeper coach bertolak jam 5pm waktu tempatan.

Naik Tren: Day2, Naik Flight: Day 1 Sampai Bangkok (L/D)

Tiba di Bangkok, anda akan disambut oleh wakil kami dengan ucapan Selamat datang ke Stesen Kereta Api Bangkok Bang Bamru. Seterusnya :
● Lawatan Sungai Chao Phraya – Menyaksikan suasana alam semula jadi yang mendamaikan di sepanjang sungai. (Optional: Istana Besar / Wat Pho / Wat Arun) 
● Makan tengah hari di restoran makanan Halal Thai. 
● Beli-belah di Pusat Membeli Belah Platinum 
● Makan malam di restoran makanan Halal Thai. 
● Bermalam di Bangkok 
● Catatan : Orang Islam akan solat di Masjid atau Bilik Solat Restoran

Naik Tren Day 3, Naik Flight Day 2. Kanchanaburi (B/L/D)

06.00 -07.00: Sarapan pagi di Hotel dan berjumpa pemandu pelancong di lobi hotel, 
07.00- 09.30: Bertolak ke Kanchanaburi 
09.30 -13.00: Safari terbuka zoo (sudah termasuk tiket dan bas safari) 
10.00 Pertunjukan Gajah 
11.00 Pertunjukan gusti buaya 
13.00 - 13.30: Bertolak ke restoran 
13.30 - 14.30: Makan tengah hari di restoran Halal Thai
15.00 Melawat Jambatan sungai Kwai , balik ke Bangkok 
18.00 – 19.00 Makan malam di restoran halal Thai 
Bermalam di Bangkok 
Catatan : Orang Islam solat di Masjid atau Ruang Solat Restoran

Naik Tren Day 4, Naik Flight Day 3. Lawatan ke tempat menarik di Bangkok

● Sarapan pagi di hotel. 
● Teruskan dengan lawatan ke sekitar Bandar Bangkok - Lawatan Pulau Rattanakosin, perjalanan bermula dengan melewati pasar bunga yang menarik, melalui Chinatown yang terkenal dengan kedai barang kemas emas dan makanan jalanan 
● Lawatan ke Galeri Batu Permata 
● Makan tengah hari di restoran (makanan Halal Thai). 
● Lawatan ke Honey bee / Erawadee Herb (Kedai Wajib) 
● Membeli-belah di MBK/ Siam Paragon  
● Makan malam di restoran (makanan Halal Thai). (Optional: Dinner Cruise) 
● Beli-belah di Asiatique The Riverfront, Bermalam di Bangkok

Catatan : Orang Islam solat di Masjid atau Ruang Solat Restoran

Naik Tren Day 5, Naik Flight Day 4. Pulang ke Kuala Lumpur

● Sarapan pagi di hotel 
● Masa lapang untuk aktiviti sendiri

● Checkout Hotel dan transport menghantar ke Airport atau ke Stesen Kereta Api untuk kereta api petang ke Padang Besar pada pukul 4 petang waktu tempatan
● Tiba di Padang Besar pada pukul 10 pagi keesokan hari (Day 6). Selepas urusan imigresen, ambil KTM ETS dari Padang Besar Malaysia untuk pulang ke Kuala Lumpur. 

TAMAT PERKHIDMATAN

PAKEJ TERMASUK
• Pengangkutan peribadi (02-10 PAX dengan Van), 15 -30 dengan Coach 
• Tour Guide bertutur Bahasa Inggeris / Bahasa Melayu 
• Penginapan Hotel 3* dengan bilik berkongsi berkembar atau berkembar dengan sarapan pagi setiap hari. 
• Lawatan dengan tiket (kecuali yang ditulis Optional) seperti yang dinyatakan dalam program 
• Makan: Makan tengah hari dan makan malam dengan makanan Thai Halal seperti yang dinyatakan dalam program 
• 1 botol air /pax/hari 
• VAT Cukai Kerajaan 7% 
• Insurans 
• Panduan tip

PAKEJ TIDAK TERMASUK

• Perkhidmatan lain yang tidak dinyatakan dalam program atau yang dinyatakan sebagai pilihan atau Optional. 
• Perbelanjaan peribadi.
• Makan Malam Gala (31 Dis’23)

  • Brand: AL-ILMI TRAVEL AND TOURS-CAWANGAN KUALA LUMPUR

Reviews

There are no reviews for this product.

Write a Review

*
*
Note: Do not use HTML in the text.
*
captcha
*